Jalan Seni

Suka selfie & mural? Kalau ya, Street Art Penang ini memang wajib anda jelajah.

Kredit : Phalinn Ooi

Seni dinding di Penang ini unik. Sebabnya gambar di sini ialah kisah hidup seharian masyarakat Penang.

Ada yang dibuat dengan penuh humor, dan ada yang penuh nostalgia — jadi gambar anda selalunya tak akan membosankan.

Tapi, sebab ia juga memaparkan sejarah sesuatu lorong atau kawasan di Georgeown, anda perlu rajin berjalan kaki. Itupun kalau anda mahu melihat kesemuanya sekali.

Kalau masa anda suntuk, pergi ke kawasan Lebuh Armenian sahaja. Kawasan ini ada 5 arca dan lukisan mural yang dekat antara satu sama lain.

Fakta Pelukis

Pelukis yang bertanggungjawab menukar dinding bangunan Georgetown kepada hasil seni ini ialah pelukis Lithuania yang bernama Ernest Zacharevic, pelukis pekak dan bisu Loius Gan dan kumpulan pelukis 101LostKittens.

Peta Penuh Street Art Penang

Untuk peta penuh jalan-jalan yang mempunyai mural dan lukisan ini, muat turun dari laman Tourism Penang.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 24jam

Harga Tiket

Percuma

Kredit

Kredit via www.flickr.com