Jambatan Gantung Poring

Bila sudah di Poring, jangan lupa ke jambatan gantung ini.

dua pelancong di jambatan tergantung poring

Ya. Anda perlu cergas berjalan sebab jaraknya dari kolam air panas Poring dekat 1km. Siap-siap dengan kasut sukan ya, sebab anda bakal masuk dulu ke dalam trek dalam hutan yang mendaki.

Tinggi jambatan gantung ini dalam 8 tingkat, dan dibuat khas supaya anda boleh separas dengan burung atau binatang yang tinggal tinggi di atas pokok.

Jauhnya 175 meter, tapi disebabkan ianya bergoyang-goyang, kalau anda takut tempat tinggi, memang terasa panjang sangat jambatannya.

dua pelancong di jambatan poring sabah

Tips Penting

Beli tiket awal-awal di pintu masuk taman. Sebab di kawasan ini tiada kaunter jualan tiket, hanya kaunter penjaga. Kalau tidak, anda kena berjalan patah balik ke pintu masuk.

Sediakan air minum. Anda perlukannya dalam perjalanan pergi dan balik.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9pg – 4ptg

Jarak Dari Kota Kinabalu

3 jam perjalanan / 137km

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara31
Pelancong Asing53

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit