Johor Premium Outlets

Kaki shopping barang branded! Bersatu! Masa untuk shopping sakan!

jp jb

Kredit : JEmran Kassim

Jika anda singgah ke JB, jangan lepaskan peluang untuk melawat JPO untuk membeli-belah.

Di tempat popular ini anda boleh membeli beg tangan, kaca mata dan seluar berjenama pada harga yang jauh lebih rendah dari kebanyakan pusat beli belah di Malaysia.

Barang Berjenama Di mana-mana

Di sini jenama seperti Versace, Coach, Guess, Armani, Adidas, Nike, Michael Kors, Polo Ralph Lauren, Puma, Rip Curl dan sebagainya dijual dengan diskaun dari 25% sehingga 75%. Wah! Wah!

Tapi sabar dulu. Jangan lompat lagi. Perlu kami beritahu yang barang-barang berjenama ini dijual dengan diskaun sebegitu kerana ia saki-baki stok jualan yang perlu dihabiskan sebelum tiba stok musim terbaharu.

Jadi, jika anda seorang datin yang mahukan segala-galanya baru, ia bukan tempat untuk anda.

Apapun, pastikan anda ada masa yang banyak untuk diluangkan di sini. Dan yang penting, jangan pakai selipar. Bukan sebab ia kurang çlass’, tapi sebab anda tidak mahu putus urat kaki berjalan sekurang-kurangnya separuh hari masuk keluar 120 kedai di sini.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat JB?

Tempat menarik lain JB

Layan kedai makan sedap JB