Jonker Street

Cari barang antik? Atau pemandangan menarik untuk selfie? Ini tarikan Melaka khas untuk anda.

Kredit : Breaksian

Jika anda pening memikirkan cenderamata apa yang patut dibawa pulang, jangan risau. Terjah sahaja Jonker Street.

Keychain, magnet peti sejuk, baju-t, gelang, poskad dan pelbagai cenderamata lain bakal anda jumpai. Apa yang anda perlu risaukan ialah duit dan kasut anda.

Sekitar Jonker Street

Menyusuri kawasan Sungai Melaka berdekatan Jonker St. Kredit

Menyusuri kawasan Sungai Melaka berdekatan Jonker St. Kredit : www.flickr.com

1.Berdekatan dengan tempat ini ada jalan yang dipanggil Jalan Tukang Emas atau Jalan Harmoni. Di sini, kuil Hindu, tokong Cina dan masjid orang Islam berada di satu jalan yang sama.

2. Letih berjalan? Singgahlah Masjid Kampung Hulu untuk solat. Masjid tahun 1720an ini memang istimewa. Sebabnya senibinanya ada budaya Cina, Melayu dan Hindu. Jika anda ingin lihat mimbar berbentuk pagoda, ini adalah tempatnya.

Tips Pengunjung

1. Pasar malam Jonker Walk diadakan setiap malam pada hari Jumaat dan Sabtu. Kenderaan dihalang masuk bermula pada 6 petang.

2. Letak kereta di kawasan luar Jonker Walk. Laluan di kawasan ini sempit dan sukar untuk anda mencari tempat letak kereta.

3. Kebanyakan kafe dan warung di sini kepunyaan orang Cina. Walaupun ianya dianggap syurga makanan oleh orang Singapura, hampir semuanya tidak halal.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Melaka?

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami