Jumpstreet Asia

Anak tak tahu duduk diam? Bawa saja ke Jumpstreet Asia dan biarkan mereka melompat, melantun dan berguling puas-puas.

Dan kalau anda pun teringin mencuba, lompat masuk dan melompatlah bersama di taman trampolin terbesar di Malaysia ini.

Kalau trampolin membosankan anda, ada tarikan lain yang boleh anda cuba. Anda boleh mencuba skill anda membuat lompatan bola keranjang, bermain dodge ball atau melompat ke kawasan yang dipenuhi span besar.

Jangan terkejut pula jika anda melihat ramai manusia-manusia yang melompat sambil berpusing-pusing di udara. Bukan apa, oleh kerana ianya selamat, tempat ini adalah antara tempat yang cukup diminati oleh kaki parkour berlatih skill mereka.

Harga

Off Peak
RM22 (~$5.39) sejam

Peak
RM27 (~$6.61) sejam

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit