Kampung Budaya Monsopiad

Ingin lihat mangsa pancung pahlawan Kadazan di tanah Borneo? Jika ya, silalah datang ke Kampung Budaya Monsopiad.

Mengambil nama seorang pahlawan Kadazan, kompleks ini menyimpan khazanah budaya kaum Kadazandusun — dari kraf, senjata dan makanan mereka hinggalah aktiviti sehari-hari kaum ini. Di sini anda juga boleh mempelajari lebih mendalam tentang Bobohizan, iaitu bomoh wanita yang kerap dilantik untuk memuja semangat tanaman dan menjadi “doktor” hutan untuk kaum ini.

Selain dari Bobohizan, anda juga bakal mendengar cerita tentang lagenda Monsopiad, seorang pahlawan yang digeruni dan dikatakan telah mengumpul lebih dari 40 tengkorak musuh yang telah ditewaskannya. Jika itu belum mencukupi, anda boleh melihat tarian tradisional mereka, belajar menyumpit, melastik, memarut batang sagu dan merasa ulat sagu.

Jika anda mengambil pakej makan tengahari, anda juga bakal dijamu dengan makanan tradisi kaum ini.

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 9 pg – 5 ptg

Waktu Persembahan Budaya

9.00pg, 11.00pg, 2.00ptg and 4.00ptg

Waktu Lawatan Berpandu

9.30pg, 11.30pg, 1.00ptg and 2.30ptg

Harga Tiket

Warganegara Malaysia
Dewasa : RM 45
Kanak-kanak : RM 25

Pelancong Asing
Dewasa : RM 55
Kanak-kanak : RM 25
Rujuk Monsopiad Village kerana harga pakej berbeza mengikut jumlah tetamu & jenis pakej