Kampung Budaya Sarawak

Kampung Budaya Sarawak, sebuah muzium hidup yang dibina untuk anda melihat dengan lebih dekat lagi kehidupan masyarakat etnik di sini.

Di sini anda boleh merasa menaiki jambatan buluh dan masuk ke rumah panjang Bidayuh dan melihat pelbagai peralatan tradisi mereka.

Anda juga boleh berjalan masuk ke pelbagai replika rumah etnik di Sarawak, termasuklah ke dalam sebuah rumah mesyuarat kaum Bidayuh yang dipanggil Baruk.

Tempat ini bukan saja diguna untuk perjumpaan penting tetapi juga tempat meletak kepala-kepala musuh yang telah dipenggal dan menyimpan senjata-senjata penduduk yang tinggal di rumah panjang.

Tetapi mungkin kerana tiket masuk ke sini agak mahal, perkampungan di kaki Gunung Santubong ini lebih popular dikalangan pelancong asing berbanding tempatan.

Jarak Dari Kuching

45 minit perjalanan

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Tiket Masuk5025
Tiket Masuk & Makan7540

Waktu Persembahan

Setiap hari : 11:30 pg & 4:00 ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit