Tentang Tarikan Ini :
Ya. Apa tak benarnya bang?
Dahulunya sebelum ada kampung Morten ini, tempat ini paya kat tebing sungai Melaka.
Tapi ia dijadikan kampung Melayu atas izin J.F Morten. Orang putih ini Pesuruhjaya Tanah masa tahun 1920an.
Tempat ini digelar “Muzium Hidup”.
Dan kampung Morten ini memang kerap dilawat pelancong asing sebab ia ada contoh rumah-rumah tradisional Melayu asli yang masih ada berpenghuni.
Dan menarik lagi, ia hampir sangat dengan kawasan perniagaan orang Cina, iaitu Jonker Walk.
Kalau anda naik river cruise pada malam-malam, anda mesti kagum dengan suasana tebing sungai.
Bukan apa, kawasan rumah di sini dihias cukup berwarna warni bila tiba waktu malam.
Entah berapa lah bil elektrik depa ni.
3 Tarikan Paling Top Kat Melaka
Orang Melayu Kg. Morten Beruntung
Kampung Morten ini satu masa dahulu terbiar.
Dan boleh sahaja dihancurkan (seperti perancangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur) untuk pembangunan hotel atau mall.
Dengan lokasi cukup baik, ia satu peluang yang lumayan untuk mereka yang mahu menangguk di air keruh.
Akan tetapi orang Melayu Melaka beruntung apabila ketua Menteri ketika itu, Dato Ali Rustam membuat keputusan mengekalkan kampung Morten.
Penduduk juga dibantu agar kampung Melayu ini kekal di tengah bandar Melaka, mengimbangi kawasan Cina di Jonker Walk.
Akhirnya bukan sahaja ia menjadi antara kampung terakhir Melayu di tengah bandar, tapi satu tarikan pelancong yang cukup unik di Melaka.
Jangan Lupa ke Villa Sentosa
Bila ke sini, jangan lupa pi Villa Sentosa — sebuah rumah yang diubahsuai menjadi muzium kecil.
Kat sini, anda bakal berjumpa dengan waris Dato Haji Hashim yang dulunya orang yang meneroka kawasan ini.
Anda bukan saja boleh melihat sendiri uniknya rumah tradisional Melaka, tetapi boleh tengok sendiri koleksi barangan peribadi dan barangan antik yang disimpan rapi oleh pemilik rumah.
Masuk percuma. Tapi, sumbangan ikhlas memanglah dialu-alukan.
Nota : Kalau anda mahu tengok kecantikan rumah Melayu di luar bandar Melaka, anda boleh ke rumah Demang Abdul Ghani di Merlimau.
Homestay
Datang berkeluarga? Kampung Morten ada beberapa buah homestay yang dibuka untuk pelancong yang datang berkumpulan.
Tukang dan Kraf dalam Kampung Morten
Kalau anda rajin bertanya dan meronda, akan mungkin akan berjumpa dengan tukang keris dalam Kampung Morten ini.
Ada juga penduduk yang mengusahakan kraf pembuatan model rumah Melayu lama.
Cumanya, kawasan rumah mereka adalah bengkel tempat mereka bekerja. Kalau nak melawat, jangan sampai mengganggu ofis mereka ini.
Waktu Operasi Villa Sentosa
Sabtu – Khamis : 9 pagi – 6 petang
Jumaat: 2 ptg – 6 petang
Harga Tiket ke Kampung Morten
Percuma