Kellie’s Castle

Bangunan milik pemilik ladang Scotland bernama William Kellie di Batu Gajah ini adalah rumah agam bersejarah yang penuh dengan misteri.

Dibina pada 1909 di kawasan bukit, rumah yang cukup luas ini dibina oleh Kellie menggunakan buruh India — termasuk pakar seni yang di bawa khas dari India Selatan.

Mahligai Paling Gah Di Malaya

Kellie mahu memastikan rumah ini bukan sekadar sebuah rumah biasa. Jadi ia ada bilik khas untuk menyimpan arak, kawasan khas untuk memasak serta kandang kuda. Jangan terkejut juga sebab rumah ini juga ada ruang bermain tenis di atas bumbung dan ruang untuk lif pertama di Malaya. Tu dia!

Rumah ini jauh mendahului rumah-rumah besar lain di Malaya. Bukan sahaja ia menjadi buah mulut pembesar tempatan, tapi juga turut mendapat perhatian luar negara. Gahnya rumah ini menyebabkan surat khabar the London Financier juga menulis mengenai projek pembinaannya.

Bila anda ke sini, anda juga bakal melihat bagaimana rumah ini dibina dengan mengambil kira cuaca Malaya yang panas. Jadi walaupun kawasan di luar terik, anda akan cukup selesa di kawasan dalam rumah ini kerana adanya lubang angin yang banyak.

Ketakutan Kellie?

Walaupun rumah ini hebat, Kellie sebenarnya takut kalau-kalau orang Melayu sekitar memberontak satu hari nanti.

Jadi selain lokasinya dibina di atas bukit, bilik-bilik ahli keluarga Kellie juga ada laluan rahsia di dalam bilik mandi mereka. Dari sini mereka boleh melarikan diri melalui tangga sempit ke tingkat bawah.

Dari sini, mereka boleh masuk ke beberapa laluan terowong bawah tanah rahsia untuk membolehkan mereka melarikan diri dari rumah ini ke kuil berdekatan.

Hajat Tidak kesampaian

Tapi hajat beliau untuk melihat rumah ini siap akhirnya tidak kesampaian. Mahligai mewah di pinggir sungai ini akhirnya terbengkalai apabila wabak Spanish Flu membunuh ramai pekerja beliau.

11 tahun selepas ia mula dibina, rumah ini masih belum siap. Malang seribu kali malang, beliau juga tidak dapat merasai gahnya tinggal di rumah ini kerana semasa perjalanan beliau ke Lisbon, beliau meninggal dunia kerana sakit pneumonia.

Kellie Jadi Hantu?

Orang tempatan dahulunya memanggil tempat ini sebagai istana berhantu Kellie. Bukan apa, dikatakan ada yang terserempak kelibat Kellie dan anak perempuannya berjalan-jalan di koridor rumah ini pada waktu malam dalam baju tidur mereka.

Akan tetapi setelah ia dibaik pulih, cerita ini kurang kedengaran. Walaupun begitu, anda masih akan terasa seram sejuk jika anda datang melawatnya berseorangan. Kalau tak percaya, sila turun ke ruang simpanan wine dan beberapa bilik gelap lain di bawah tanah.

Selamat berjaya!

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara54

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit