tempat menarik langkawi- kereta kabel

Kereta Kabel Langkawi

Tingginya kereta kabel Langkawi ini memang sayup. Tapi ia tarikan di Langkawi yang wajib naik, paling kurang sekali seumur hidup.

Cable car Langkawi ini menggunakan teknologi Swiss. Bukan cap ayam.

Jadi jangan risau sangat bila anda duduk dalam gondola anda.

gambar kereta kabel atau skycab langkawi

Kredit : Panorama Langkawi

Jaraknya boleh tahan jauh.

Dari stesen bawah ke Stesen Tengah, jaraknya 1.7 km.

Tapi penantian ke platform satu lagi amatlah menyiksakan kalau anda takut tempat tinggi.

pengalaman dalam kereta kabel skycab langkawi

Kredit gambar  : nrldyh_

Satu lagi yang bakal buat anda mengucap banyak-banyak ialah kerana lantainya kaca, dan tali kabelnya panjang sehingga tidak nampak hujungnya.

Gondola ini juga akan naik dengan curam.

Tingginya anda diangkut membuatkan pokok-pokok balak di bawah kaki anda nampak kerdil dan kapal laut yang sebesar bangunan sudah jadi sekecil semut.

kereta kabel langkawi skycab pemandangan laut

Di stesen tengah, anda boleh turun dan berjalan ke platform untuk melihat pemandangan Pulau Langkawi.

Jenis Kereta Kabel

dalam skycab langkawi dengna glass bottom gondola

Kredit gambar  : hannahonearth

Ada beberapa jenis kereta kabel yang boleh anda pilih:

  • Gondola Biasa – Muat 6 tetamu. Perlu beratur & menunggu. Berkongsi dengan pelancong lain.
  • Gondola Lantai Kaca – Gondola dengan lantai kaca lutsinar. Muat 6 tetamu. Tidak perlu beratur/menunggu. Tapi masih berkongsi dengan pelancong lain.
  • Gondola VIP – Muat 3 tetamu. Ada makan minum ringan sepanjang perjalanan. Tidak perlu beratur/menunggu. Tidak berkongsi dengan pelancong lain.
  • Gondola 360 – Gondola paling baru. Muat 4 tetamu. Tingkap terbuka, membolehkan angin masuk ke dalamnya. Tidak perlu beratur/menunggu. Tapi masih berkongsi dengan pelancong lain.
  • Gondola Peribadi – Muat 6 tetamu. Tidak perlu beratur/menunggu. Tidak berkongsi dengan pelancong lain.

Tapi tarikan tempat ini belum habis.

Tarikan Lain

Selain naik kereta kabel, kat kawasan gunung Mat Chinchang nanti anda boleh layan tarikan lain (dengan bayaran tambahan)

1. Jambatan Gantung/Skybridge

suasana langkawi bridge

Kredit gambar  : a.khao

Kalau lutut anda sihat, jangan lupa datang ke jambatan ini.

Selepas berjalan melalui kira-kira 300 anak tangga melalui laluan hutan, anda akan sampai ke jambatan melengkung dengan panorama gunung dan laut Langkawi.

Jambatan yang dibina di atas Gunung Mat Chinchang ini memang mengagumkan.

Sebabnya, kerana ia duduk di atas gunung, dan digantung ditengahnya dengan hanya satu tiang besi.

jambatan lengkung langkawi skycab

Kredit : Panorama Langkawi

Jambatan yang panjangnya 125m ini juga diletak sebagai antara jambatan paling menakutkan di dunia.

Tapi jangan berhenti sahaja kat sini. Teruskan naik sampai ke puncak.

dek memerhati di skybridge

Kredit gambar  : natsukioro

Kat sini boleh layan pemandangan Langkawi dan kawasan pulau Thailand sepuas hati.

puncak mat chinchang

Kredit : Panorama Langkawi

Pegang telefon elok-elok, takut jatuh, jadi hadiah buat tupai di bawah.

  • Harga Tiket Skybridge: RM6 (dewasa) dan RM4 (kanak-kanak)
  • Kaunter Tiket : Di Top Station atau beli secara online
  • Harga tepat hingga Feb 2024

2. SkyGlide

skyglide cable car langkawi

Bagi anda yang tak mahu naik turun tangga untuk ke jambatan gantung, anda boleh naik SkyGlide.

Boleh memuatkan 8 orang pada satu masa, SkyGlide akan membawa anda ke jambatan dalam masa 2 minit saja.

Tapi disebabkan ianya popular, masa menunggu dan beratur membeli tiket mungkin mengambil masa lebih 1 jam pada waktu cuti.

  • Harga Tiket Skyglide Pergi Balik: RM16 (dewasa) dan RM11 (kanak-kanak)
  • Kaunter Tiket : Di Top Station, kaunter bergerak di skybridge (untuk tiket sehala) atau beli secara online
  • Harga tepat hingga Feb 2024

3. SkyBistro

Kredit : Panorama Langkawi

Bila tekak kering disebabkan banyak menjerit sewaktu kereta kabel naik ke sini, ada kafe untuk anda basahkan tekak.

Jika anda tunggu sehingga ke petang, anda mungkin boleh melihat matahari terbenam dari atas gunung sambil mengirup kopi panas dari puncak gunung ini.

Pemandangan masa ini, memang padu.

Cuma jangan leka sampai terlepas gondola terakhir pula.

4. Rentas Desa/Skytrail

skytrail langkawi 2

Kalau anda jenis suka outdoor, anda ada pilihan untuk buat jungle trekking kat kawasan gunung ini bersama jurupandu.

Semua trip bermula pada pukul 9:30 pagi dan ada 3 jenis pakej yang boleh anda pilih.

1. Beginner:

  • Dari stesen tengah ke atas.
  • Tempoh hiking 2 jam
  • Harga tour dari RM 180/pax

2. Intermediate

  • Dari stesen bawah (Oriental Village) ke stesen tengah
  • Tempoh hiking 3 – 4 jam
  • Harga tour dari RM 230/pax

3. Challenging

  • Dari stesen bawah (Oriental Village) ke puncak
  • Tempoh hiking 4 – 5 jam
  • Harga tour dari RM 280/pax

5. Machinchang Petland

matchinhcang petland 2

Ada anak kecil?

Anda sekeluarga boleh juga lawat petting zoo mini kat area stesen bawah cable car.

Tempat ini ada kuda kerdil, arnab, ayam, landak dan juga ular untuk anda dan anak pegang.

Tapi kami sarankan anda pergi selepas turun dari kereta kabel.

Kalau anda banyak habiskan masa kat sini, takut-takut letih nak beratur kat kereta kabel nanti sebab pengunjung makin ramai.

  • Harga Tiket Petland: RM40 (dewasa) dan RM 30 (kanak-kanak)
  • Harga tepat hingga Feb 2024

Tips

pengalaman pelancong naik kereta kabel langkawi

Kredit gambar  : travel.sandal

  1. Kereta kabel ini tidak berhenti sewaktu mengambil penumpang. Jangan leka dengan Tiktok semasa menunggu.
  2. Beratur untuk menunggu giliran naik dan turun boleh mencecah 1 jam 30 minit sewaktu cuti sekolah/umum. Jadi kalau anda ke Langkawi dengan keluarga sewaktu musim cuti, datang ke sini seawal mungkin supaya tidak perlu beratur panjang.
  3. Jika anda datang pada monsoon, perjalanan di dalam gondola akan lebih mendebarkan sebab ia banyak bergoyang.
  4. Tarikan di bahagian atas mungkin ditutup jika cuaca tidak mengizinkan.

Harga Tiket Cable Car Langkawi / Skycab

Harga Tiket Walk-In (4 in 1)Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara4333
Pelancong Asing8565
Beli Tiket Murah Kereta Kabel
Penting: Tiket kereta kabel datang secara combo 4-in-1 ( Kereta Kabel Skycab + SkyDome + SkyRex + Muzium 3D)
Harga dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024

Harga Tiket Skycab Special

Harga Tiket AsalDewasa (RM)Kanak- Kanak (RM)
1. SKYCAB + EXPRESS LANE
Warganegara9383
Pelancong Asing135115
Beli Tiket Skycab + Express Lane
2. GLASS BOTTOM SKYCAB
Warganegara / Pelancong Asing105105
3. PRIVATE SKYCAB
Warganegara / Pelancong Asing550 (utk 6 orang)
4. VIP SKYCAB
Warganegara / Pelancong Asing550 (utk 6 orang)

Info Penting Tiket

  • Semua jenis tiket kereta kabel (tiket Normal, Express, Glass Bottom etc) memang datang secara tiket combo 4-in-1.
  • Kanak-kanak 1 tahun ke bawah masuk percuma.
  • Tiket ke Skybridge dan SkyGlide ada di kaunter tiket stesen atas, atau boleh dibeli secara online.

Waktu Operasi

Hari Biasa : 9:30pg – 6 ptg
Hujung Minggu / Cuti : 9:30 pg – 6:30 ptg

Waktu operasi mungkin ditukar tanpa notis awal.

Untuk maklumat paling sahih & terkini, rujuk waktu operasi di laman rasmi Langkawi Skycab sendiri.

Penutupan Tahunan

Setiap tahun, kereta kabel Langkawi akan ditutup untuk beberapa minggu bagi kerja penyelenggaraan.

Tarikh yearly closure ini selalunya berbeza setiap tahun. Tapi tarikh terdahulu di bawah boleh dijadikan sebagai rujukan kemungkinan tarikh penutupan untuk masa akan datang :

  • 2016 : 19 – 28 April
  • 2017 : 1 – 11 April
  • 2018 : 1 – 13 April
  • 2019 : Tiada ( Covid)
  • 2020 : Tiada ( Covid)
  • 2021 : Tiada ( Covid)
  • 2022 : 17 Julai – 20 Ogos
  • 2023 : 2 – 17 Julai

Cara ke Kereta Kabel Langkawi / Skycab

Kalau anda datang seorang, anda boleh gunakan Grab.

Akan tetapi cara terbaik ialah dengan menyewa kereta atau motorsikal sahaja.

Tarikan Berdekatan

air terjun telaga tujuh langkawi

Kredit : andymaleqq

Kalau anda cergas dan sanggup meredah ratusan tangga tinggi, jangan lupa lawat Air Terjun Telaga Tujuh yang hampir dengan tempat ini.

Dan kat kawasan Oriental Village ini juga ada beberapa tarikan lain — macam Time Travel Imaginarium dan juga Muzium 3D Langkawi.

Lokasi

Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah

Soalan Lazim

Cable car ni kemestian ke kalau cuti kat Langkawi?

Ya. Sebab dalam Malaysia, kereta kabel begini hanya ada di Langkawi dan Genting saja.

Berapa harga tiket dewasa dan kanak-kanak?

Boleh rujuk harga tiket di sini.

Wajib ke beli tiket 4 dalam 1? Boleh beli tiket untuk Skycab saja tak?

Tak. Tiket hanya untuk naik Skycab sahaja tak dijual.

Harga tiket untuk kereta kabel Langkawi memang datang secara kombo 4 dalam 1.

Maknanya, tiket itu beri anda naik kereta kabel, dan akses percuma untuk tarikan lain. Terpulang untuk anda samada ingin masuk ke tempat lain itu atau tidak.

Boleh beli tiket secara walk in?

Ya boleh. Tapi beratur membeli tiket boleh jadi panjang pada masa cuti. Beli secara online lebih murah.

Boleh pakai kad debit/kredit untuk beli tiket di kaunter tak?

Ya. Tapi baik ada cash untuk standby sebab ada waktu mesin offline. Pilihan lebih baik ialah beli secara online.

Boleh beli private Gondola pada hari sama saya nak masuk?

Ya. Tapi lebih baik beli awal secara online.

Wajib tunjuk IC ke masa beli tiket?

Ya kalau beli tiket secara walk in dan nak dapat harga warganegara.

Ada diskaun untuk student tak?

Tiada.

Turun dari puncak, kena beli tiket lagi untuk turun?

Tak. Harga tiket ialah untuk trip naik dan turun .

Kalau hujan masih beroperasi ke?

Ya. Kecuali angin dan hujan menjejaskan operasi sehingga menyebabkan ia perlu ditangguhkan.

Satu cable car muat berapa orang?

6 orang.

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi
Jomjalan