Keretapi North Borneo

North Borneo Steam Railway mungkin kurang terkenal di kalangan rakyat tempatan, tetapi cukup digemari oleh pelancong asing yang ingin mengimbau nostalgia zaman perang dunia di Malaya ketika dulu.

Kredit : Stratman

Dimajukan oleh Sutera Harbor dan Jabatan Keretapi Sabah, anda akan dibawa melihat suasana bandar dan luar bandar Sabah dengan lokomotif Jepun zaman 1970an selama 4 jam.

Lengkap dengan makan pagi dan tengahari, pengalaman ini dikatakan cukup menyeronokkan untuk mereka yang sukakan sejarah.

Tips Pelawat

Trip hanya pada hari Rabu dan Sabtu.

Waktu Operasi

Rabu dan Sabtu: 9:30 pg – 2 ptg

Tiket Masuk

RM 345 (~$81.66)

Peta Ke Sini