KHM Strawberry Farm

Nak lihat dan rasa strawberri yang ditanam dan diproses orang Melayu? Jom ke sini

Berbeza dengan ladang strawberri lain di Cameron yang besar dan komersil sangat, kebun-kebun strawberri kecil di Taman Sedia ini comel-comel sahaja saiznya.

Bukan itu sahaja. Tempat-tempat di sini kurang pengunjung, jadi tidak sukar mencari tempat letak kereta. Dan yang paling penting lagi, makanannya halal.

Di kawasan Taman Sedia ini bukan sahaja ada KHM, tapi juga ada Taman Agro Al-Mashoor yang tak kurang bersih dan ada aiskrimnya sendiri dan ada surau. Jadi jangan lupa singgah ke Taman Sedia dan ambil masa lari sebentar dari sesak jalan Cameron.

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

Setiap Hari : 8.30pg – 6.00ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit