Khoo Kongsi

Bangunan mewah -- sampai dewa pun iri hati. Inilah Khoo Kongsi

khoo kongsi penang

Apa Yang Best Di Sini?

Merupakan sebuah tokong dan juga markas mesyuarat, Khoo Kongsi ini terkenal kerana seni ukirannya yang begitu teliti dan penuh seni.

Penang ada banyak rumah Kongsi kaum Cina. Tetapi Khoo Kongsi dianggap sebagai Kongsi yang paling cantik, walaupun tempatnya agak tersorok.

Cantik Sangat Sampai Dewa Pun Jealous

Dibina sekitar 1890an, bangunan ini  dibina dengan begitu mewah dan hebat sehingga apabila bumbungnya terbakar pada tahun 1900an, tidak ada sesiapa pun yang terkejut.

Kebakaran ini dianggap oleh suku Khoo sebagai tanda cemburunya dewa langit. Selepas bermesyuarat, mereka mengambil keputusan membinanya semula — kali ini dengan binaan yang tidak seagung dahulu. Hasilnya adalah rumah klan yang ada sekarang.

Apabila anda datang ke sini, anda bukan saja boleh melawat tokong ini, tapi juga ke muzium Khoo — satu galeri yang menceritakan asal usul klan ini di Tanah Melayu.

Ada Benda Pelik

Jangan terkejut pula bila anda nampak ada dua patung Sikh di tangga Khoo Kongsi.

Tak perlu gosok mata pun. Sebab itu memang patung Sikh.

Dibawa oleh British dari India sebagai pengawal dan tentera, patung itu ada di situ sebagai tanda hormat  kepada bangsa ini sebab kerana mereka jujur menjaga amanah dan gagah menjaga keselamatan tuan mereka. Bak kata pepatah, budi yang baik dibalas jua.

Harga Tiket

RM10

Apa Yg Best Kat Penang?

Tempat menarik kat Penang

Layan kedai makan sedap Penang

Hotel terbaik pilihan kami