Kidzania

KidZania Kuala Lumpur adalah tempat di mana anak-anak anda boleh mengalami pengalaman mempunyai kerjaya seperti orang dewasa.

kidzania2

Tiada tunggangan atau permainan arked di sini. Sebaliknya, anak-anak anda akan memainkan peranan seolah-olah mereka adalah seorang pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, model, doktor, pelukis atau juga seorang pelakon untuk sehari.

Anak-anak anda akan berada di sebuah bandar kecil lengkap dengan hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV dan teater dan banyak di KidZania Kuala Lumpur.




Wang yang diterima dalam bentuk matawang KidZania (dipanggil kidZos), boleh disimpan ke dalam akaun bank atau dibelanjakan di mana-mana kedai di dalam KidZania.

Harga Tiket

Kanak-kanak (2-3 tahun): RM [currency]38[/currency]
Kanak-kanak & Remaja ( 4-17 tahun): RM [currency]75[/currency]
Dewasa (18-59 tahun): RM [currency]38[/currency]
Warga Emas (60 tahun & ke atas): RM [currency]32[/currency]