Kilang Bateri

Ye cik adik, cik abang. Kali ini kita makan di kilang bateri.

Tak kisah lah pelik atau tidak. Yang penting, Kilang Bateri ini sekarang dianggap antara tempat hipster terbaru di JB yang menjadi bualan.

Apa Yang Ada Di Sini

Di sini ada food court yang menjual bermacam makanan — dari makanan orang putih seperti chicken chop sampailah kepada makanan terkenal di JB seperti kacang pool (ada di cafe CupChai).

Yang menjadikan ianya kerap penuh dengan manusia, ialah kerana suasana kilang bateri ini. Bukan sahaja tempat ini sesuai untuk bersantai, tapi anda juga boleh potong rambut dan layan brand indie yang lahir dari JB. Senang cerita, ini tempat anak muda Melayu berniaga dengan cara zaman ini.

Datang untuk lihat suasana, bukan khas untuk makanannya.

Mengapa Namanya Pelik Sangat?

Sebab ia memang bekas kilang bateri Eveready.

Waktu Operasi

1 petang – 12 tengah malam

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat JB?

Tempat menarik lain JB

Layan kedai makan sedap JB