Mangrove Tour

Jika anda datang dengan kumpulan besar, anda juga boleh menaiki bot untuk menyusuri Sungai Kilim dan melihat tarikan alam semulajadi di Kilim Geoforest Park.

kilim

Dalam perjalanan di Sungai Kilim ini anda bakal melihat spesies pokok-pokok bakau yang dikatakan berusia ratusan ribu tahun dan struktur batuan batu kapur yang sudah berusia jutaan tahun.




Anda juga bakal melihat helang, meneroka masuk ke dalam gua-gua, melawat kawasan penternakan ikan dalam sangkar (dan melihat ikan sumpit) hinggalah melawat ke kawasan laut Andaman yang hampir dengan sempadan Thailand.

Cara ke Sungai Kilim

Anda boleh mengambil bot dari Jeti Kilim.

Harga Pakej Sungai Kilim

Pakej bermula dari RM[currency]300[/currency] untuk sebuah bot dengan 8 tempat duduk. Durasi lawatan adalah 1 jam.

Mereka yang ingin benar-benar meneroka boleh mengambil pakej 4 jam yang bermula dari RM[currency]500[/currency] untuk 1 bot. Bergantung kepada pakej, anda mungkin singgah untuk makan tengahari dan diberi masa untuk aktiviti snorkeling.

Gambar:  Jack