KL City Gallery

Galeri Bandar Kuala Lumpur (KL City Gallery) ada galeri sejarah KL bersama dengan replika kecil bangunan kota ini.

pelancong asing di kl city gallery dataran merdeka

Model Kuala Lumpur

Tarikan baru pelancong ini ada replika 3D kotaraya Kuala Lumpur yang dibuat mengikut skala. Kalau anak anda atau anda peminat permainan Lego atau Gundam, ini antara tempat mengujakan. Bukan apa, kalau biasanya anda membuat dan menyambung replika robot, kali ini anda lihat replika bangunan ibu kota pula.

Tapi bukan itu saja. Di sini pun ada sejarah dan cerita-cerita di sebalik bangunan KL.

Kalaupun anda tak berminat dengan sejarah dan bangunan kenit, tempat ini berhawa dingin. Cocok sangatlah kalau anda mahu lari dari panas terik tropika di sekitar Dataran Merdeka.

cendermata replika bangunan di kl city gallery

Kedai Cenderamata dan Maklumat Pelancong

Untuk nostalgia, anda boleh membeli beberapa cenderamata di sini. Dari magnet peti sejuk hingga ke hadiah yang dibuat dari kayu. Peta dan maklumat di Pusat Maklumat Pelancong (tingkat 1) pun ada kalau anda rasa kusut mencari arah.

Harga Tiket

RM 5 (~$1.22)

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

kl city gallery

Apa Lagi Yg Best Kat KL?

Tempat menarik lain kat KL

Hotel terbaik pilihan kami