Klebang Original Coconut Shake - tempat makan best di melaka

Klebang Original Coconut Shake

Tidak ada minuman yang seenak Klebang Original Coconut Shake di Melaka ini jika anda sedang haus dek cuaca Melaka yang panas.

Terletak di Pantai Klebang, air Klebang Original Coconut Shake ini menggabungkan air kelapa, ais, isi kelapa dan ais krim di atasnya.

Tempat ini cukup terkenal sehingga ke Singapura, dan ramai yang datang dari jauh hanya untuk merasai keunikan air ini.

Disebabkan ianya terkenal, kedai lain yang menjual air coconut shake seperti ini juga sudah mulai bercambah di seluruh Malaysia. Akhirnya, tuan kedai terpaksa juga meletak perkataan Original untuk mengelakkan anda keliru.

Tips

1. Kedai ini terletak di sebelah Caltex.

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka
Jomjalan