Kolam Air Panas Poring

Dah sejuk di gunung Kinabalu? Mandi air panas pula di sini.

kolam air panas poring

Kalau kawasan taman Kinabalu berada di tanah tinggi, kolam air panas Poring pula berada di kawasan tanah rendah. Jadi memang terasa bezanya, dari kawasan berbukit ke kawasan sedikit berlembah.

Tempat ini sebenarnya dulu dibuat oleh penjajah Jepun. Dan kalau anda tengok sekitarnya pun ada pokok-pokok buluh ala-ala di taman Jepun.

kolam air panas poring yang banyakBawa selipar, baju persalinan dan tuala. Mandilah walaupun sekejap. Kata orang, air bersulfur sini banyak khasiatnya. Lagipun, kalau dibandingkan dengan yang ada di Semenanjung, kawasan Poring ini memang lebih seronok.

Kalau kaki anda masih cergas, jangan lupa naik jambatan gantung Poring (1 km dari sini).

Kolam Air Biasa

Tak suka air panas? Pun tiada masalah sebab di Poring ada 2 kolam air gunung untuk anda. Satu lebih cetek untuk anak-anak manakala satu sedalam 6 meter.

Mesti menggigil punya.

Tempat Tertutup

Kalau anda segan atau tak suka mandi manda dengan orang lain selain keluarga, tak mengapa. Poring ada tempat mandi bertutup. Harga bermula dari RM 15 (~$3.67) sejam.

Jarak Dari Kota Kinabalu

3 jam perjalanan / 136km

Dari Taman Kinabalu

Tempat ini berada dalam kawasan kaki gunung Kinabalu. Tapi disebabkan kawasan taman Kinabalu ini besar, anda perlu bergerak ke Poring ini dengan kenderaan sebab jaraknya 40km dari sini.

Cara Ke Sini

Sewa kereta atau dengan agen pelancongan lebih baik. Tiada bas ke sini.

Teksi dari Kota Kinabalu ke sini : RM 300 (~$73.44)
Teksi dari pekan Ranau ke sini : RM 30 (~$7.36)

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9pg – 5ptg

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara31
Pelancong Asing1510

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

kawasan kolam yang terjaga