Kuala Sepetang

Kuala Sepetang atau nama lamanya Port Weld, adalah perkampungan nelayan yang terletak 12 km dari bandar Taiping.

Kredit: BiologyprankGingerlyyours, Tourism Malaysia

Akan tetapi, tidak seperti kampung nelayan lain yang hanya mempunyai jeti tangkapan ikan, ia mempunyai beberapa tarikan alam yang menarik untuk dilawati.

Walaupun ia terkenal dengan kilang arang, kilang ikan masin dan kelip-kelip, tarikan utama tempat ini sebenarnya ialah Hutan Paya Bakau Larut Matang yang berusia lebih 100 tahun.

Kuala Sepetang juga sinonim dengan mee udang. Sayangnya, kawasan ini mempunyai banyak gerai mee udang dengan kualiti, rasa dan variasi yang berbeza. Walaupun kebanyakan udangnya sepatutnya segar kerana dekat dengan kawasan nelayan, tidak semua begitu. Jadi, janganlah ke sini kerana mee udangnya. Tapi datanglah ke sini jika anda ingin melihat paya bakaunya atau kerana anda ingin merasai suasana kampung nelayan di utara tanah air.

Hutan Bakau Matang

Hutan Bakau di sini bukan sahaja menjadi tempat perlindungan pelbagai spesies haiwan, tapi juga menjadi punca pendapatan nelayan dan pengusaha kilang arang.

Selain melihatnya dari dalam bot (anda perlu membeli pakej dari operator pelancongan di sini) anda juga boleh masuk ke kawasan hutan ini dan berjalan melalui boardwalk. Jika anda ingin tidur atau berkhemah, tiada masalah. Telefon dan tempah sahaja dengan Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang di 605-8072 672

Kilang Arang

Oleh kerana kawasan ini adalah kawasan hutan paya bakau, tidak mengejutkan yang terdapat banyak kilang arang di sini. Trip ke sini mungkin membosankan untuk anak-anak. Tapi jika anda tidak kisah dengan kilang yang panas, lecah dan dipenuhi kayu, anda boleh menyertai tour group yang terdapat di kawasan ini dan melihat bagaimana kayu dibawa melalui air sehingga ke proses akhir arang dibuat.

Ikan Lumba-Lumba Merah Jambu

Digelar Lucky Dolphins, anda perlu menaiki bot agak jauh ke arah laut untuk melihat ikan lumba-lumba yang kerap dilihat oleh nelayan di sini. Trip melihat ikan ini selalunya datang sekali dengan lawatan ke kilang arang dan pusat penternakan ikan.

Kelip-Kelip

Seperti di kawasan paya bakau lain, tebing Kuala Sepetang juga mempunyai kelip-kelip. Trip melihat kelip-kelip selalunya bermula pada pukul 7 malam dan berakhir pada 11 malam.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit