Kuching Waterfront

Kuching waterfront sejauh 1km ini adalah lokasi wajib tuju untuk anda bersantai dan bersiar-siar dengan keluarga sambil dibuai bayu sungai.

Kredit: ETawau,SEDC Tourism

Dibuka pada 1993, ia juga digelar People’s Palace kerana ini merupakan tempat warga Kuching berjumpa pada waktu petang dan malam.

Sejarah & Makan-Makan

Oleh kerana ianya berada di pesisir sungai dan jaraknya yang agak panjang, anda bukan sahaja dapat bersiar-siar tetapi juga melihat pelbagai bangunan bersejarah — dari rumah tahanan zaman Raja Brooke hinggalah ke Square Tower yang digunakan untuk meninjau pergerakan musuh oleh askar Brooke.

Jika anda datang dengan perut lapar, anda boleh saja menjamu selera di benteng sungai. Dan jika anda ingin ke seberang dan mencari terubuk masin atau kek lapis, ada sampan-sampan kecil yang boleh membawa anda ke seberang dengan tambang sekitar RM1

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit