Ladang Lebah Ee Feng Gu

Ini bukan kuil Shaolin. Ini tempat ternakan lebah percuma untuk semua.

Tak pernah tengok bagaimana lebah diternak ya? Kalau selama ini anda hanya faham yang madu lebah liar dikutip di hutan, anda wajib ke sini. Tengok sendiri bagaimana industri lebah bela dibuat supaya madu sentiasa boleh dijual secara konsisten.

Selalunya hanya diternak di negara Barat seperti Australia. Jadi, tempat sebegini di Malaysia memang rare.

Sebelum anda balik, jangan lupa singgah ke kedai cenderamatanya. Ada teh, kopi dan pelbagai bahan berasaskan madu yang boleh dibawa pulang — termasuklah tongkat ali madu untuk cik abang.

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

Setiap Hari : 8pg – 7mlm

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit