Ladang Teh Bharat

Mahu ke ladang teh tetapi tak mahu memandu ke Ladang Boh yang berliku-liku? Jom ke Bharat.

bharat cameron highlands

Gambar: kamsky

Ladang Teh Bharat yang dahulunya dibuka oleh seorang pendatang India ini adalah ladang teh kedua terbesar di Cameron Highlands selepas ladang teh Boh.

Juga dipanggil Cameron Valley, ladang seluas 1600 ekar ini terletak sekitar 3km dari Tanah Rata. Melawatnya pun lebih mudah dari ladang Boh kerana ia dekat dengan jalan besar.

Seperti kebanyakan ladang teh lain, ia juga ada kafe untuk anda menjamu selera sambil melihat panorama menghijau ladang teh. Bezanya, sesuai dengan sejarahnya yang ada susur galur India, teh disini unik.

Bukan apa, selain dari teh biasa, anda boleh merasa teh citarasa Sri Lanka atau India — contohnya teh rempah masala atau berperisa buah pelaga. Layan weh!

Tak mahu makan scones dan roti? Jangan risau. Ada juga karipap dan nasi lemak untuk anda isi perut.

Tips Pengunjung

Ada 2 kedai/kafe Cameron Valley yang boleh anda lawat, dan ianya tidak jauh di antara satu sama lain. Kedua-duanya ada kafe terbuka dengan pemandangan ladang teh. Tapi cuma ada satu kafe sahaja yang memberi anda akses untuk turun ke ladang teh.

Harga Tiket

RM2 (~$0.49)

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit