Ladang Teh BOH

Ladang Teh Boh Sungai Palas ini antara ladang teh terbesar di Asia Tenggara. Dan tarikan wajib bila anda ke Cameron.

Kredit:  udeyismail

Ladang ini ada galeri pelawat dan kilang teh. Tapi kalau anda cuma mahu melayan panorama, anda boleh saja berehat di anjung kafe sambil minum teh dan makan kek lobak di dalam suasana aman.

Cuma masalah tempat ini satu. Tidak seperti Ladang Teh Bharat, jalan ke sini mencabar dan sempit. Jangan patah  semangat ya. Ramai pelancong sebenarnya datang ke sini setiap hari — dan buktinya ialah anda bakal berselisih dengan kereta lain dan bakal beratur panjang di kafe.

Tips Pengunjung

1. Datang awal pagi jika anda mahu melihat teh diproses dari daun hinggalah ke serbuk. Bukan apa, proses ini selalunya berakhir pada jam 11 pagi.

2. Jalan masuk ke ladang ini seperti lorong kecil. Papan tandanya pun tersorok. Perlahankan kenderaan dan lihat papan tanda di kiri selepas Pekan Brinchang.

3. Jauh dari jalan besar Cameron ke pintu masuk ke ladang teh sekitar 3km. Masanya kira-kira 15 minit. Jalan yang sempit ini keadaannya seperti ular dipalu. Jadi hati-hati, bertolak ansur dan bunyikan hon di selekoh tajam

4. Siapkan duit ya? Harga makanan di ladang ini bukanlah murah. Jika berdua, sediakan sekitar RM50 untuk teh dan kek.

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

Tutup Isnin
Selasa – Ahad : 9.00pg – 4.30ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit