Legoland JB

Ya, anda bukan gilakan Lego. Tapi apa boleh buat. Legoland yang mahal ini memang tempat wajib tuju jika anda sudah di JB.

Kalau dulu Legoland hanya mempunyai taman tema kering yang dipenuhi pelbagai monumen kecil Asia yang diperbuat daripada Lego, kini ia juga mempunyai taman tema airnya sendiri.

Harga tiket masuk memang bakal buat anda berpeluh. Jadi jika anda punyai ramai anak, rancang lawatan anda lebih awal.

Di Legoland, tarikan utamanya ialah pelbagai binaan yang diperbuat dari lego. Jadi jika anak anda mahukan sesuatu yang lebih sejuk dan menyeronokkan, jangan lupa beli tiket untuk bermain gelongsor di taman tema airnya.

Tunggangan

Anda mungkin kecewa jika anda mahu menaiki rides, kerana hanya ada sedikit sahaja untuk dewasa. Tetapi jika lawatan ini memang untuk anak 4 tahun ke atas, mereka pasti mahu datang sekali lagi.

Harga Tiket Warganegara Malaysia

Beli tiket secara online untuk lebih murah.

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Taman Tema195155155
Taman Air125105105
Kombo: Taman Tema + Taman Air245195195

Tips

  • Legoland Johor Bharu ini panas. Bawa sunscreen jika tidak mahu hitam.
  • Beli tiket online jika anda mahu datang pada waktu cuti. Jika tidak anda bakal buang masa berbaris lama.
  • Anak 3 tahun ke bawah masuk percuma

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat JB?

Tempat menarik lain JB

Layan kedai makan sedap JB