Lembah Danum

Nak merasa bestnya hutan Sabah? Moh ke Danum Valley ini.

jambatan gantung di lembah danum sabah

Tempat ini jauh dari tamadun manusia. Jadi kalau anda seorang yang memang ahli alam, ini bakal jadi syurga untuk anda.

Apa Hebatnya Lembah Danum

pelancong asing di lembah danum sabahIni antara tempat didunia yang diakui mempunyai ekosistem antara yang paling kompleks di dunia. Kalau bercerita tentang haiwan, ini tempat tinggal badak sumbu, gajah, harimau, orang utan dan 300 spesies burung.

Untuk merasa tengok hutan ini, anda akan berjalan di atas titi gantung setinggi bangunan 13 tingkat.

Dan kalau anda mahu lihat kubur orang asli, ada 3 kubur yang siap dengan keranda kayu belian yang ada dalam kawasan hutan tebal ini.

Nak berjalan dalam hutan waktu malam? Pun boleh. Ambil saja trip ini dengan Borneo Rainforest Lodge.

Di Mana Lembah Danum?

berjalan di jambatan tergantung lembah danumLembah Danum ini letaknya di Lahad Datu. Untuk ke bandar ini, anda boleh datang melalui kapal terbang ataupun bas (7 jam perjalanan dari Kota Kinabalu).

Bila anda sudah di Lahad Datu, dapatkan pengangkutan untuk ke sini. Jarak dari pekan Lahad Datu ke sini dalam 80km (3-4 jam).

Satu lagi, jalan masuk ke lembah Danum, memang tiada jalan tar. Jadi menaiki 4WD itu wajib.

Cara Terbaik Ke Lembah Danum

Ambil pakej dengan pengusaha pelancongan di Sabah.

Jika tidak, sediakan kenderaan sendiri (termasuk 4WD) dan dapatkan kelulusan dari Yayasan Sabah.

Tidur di Lembah Danum

Oleh sebab perjalannya pun lama, sebaik-baiknya anda bermalam di sini.

Anda boleh tempah penginapan anda di Borneo Rainforest Lodge. Dan walaupun anda berada dalam hutan banat, resort ini ada 30 chalet selesa.

Pakej 3H2M sekali dengan pengangkutan pergi balik dari airport Lahad Datu, aktiviti hutan dan penginapan bermula dari RM 3,200.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit