Makam Mahsuri

Kompleks Mahsuri yang terletak kira-kira 12 km dari Pekan Kuah ialah tempat di mana ikon lagenda Langkawi, iaitu Mahsuri dikatakan dikebumikan.

Kredit : Faizal Riza

Di sini, anda boleh melawat satu makam yang dikatakan makam Mahsuri, di samping melawat replika rumah Kedah, muzium kecil serta membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi.

Anda juga boleh menyaksikan pementasan teater Lagenda Mahsuri jika anda datang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sekitar pukul 3 petang.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara73.50
Pelancong Asing157