Malibest Resort

Bilik Malibest Resort di Pantai Cenang ini boleh tahan saja. Tapi laut belakang bilik tau.

Kredit : Panoramio

Pantai beberapa tapak dari pintu depan bilik anda. Kedai makan banyak di luar kawasan resort, dan kedai-kedai baju etc cukup mudah diakses.

Cuma, biliknya sederhana besar dan kemudahan yang ada terhad.

Kalau anda datang dengan anak kecil atau ibu bapa yang sudah tua, tempat ini mungkin kurang sesuai.

Tetapi kalau anda hanya datang berdua dengan suami atau isteri, bajet tak banyak, dan nak layan matahari terbenam masa senja, ini lokasi bajet yang ideal buat anda.

Yang Baik

  1. Ada bilik atas pokok untuk pengalaman berbeza
  2. Dekat dengan pantai dan kedai
  3. Dekat dengan aktiviti  pantai
  4. Underwater World dalam 10 minit jalan kaki

Yang Buruk

  1. Tiada makan pagi
  2. Bilik selalu habis ditempah

Harga Bilik

RM 150 – RM 200

Lihat harga terkini

Apa Lagi Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Hotel terbaik pilihan kami