Masjid Putra

Masjid ikonik Putrajaya ini feminin dari luar, dan nyaman di dalam. Jom solat dulu.

Gambar : I Gunawan

Bila anda sudah di Putrajaya, pastikan anda singgah dulu ke masjid ini. Jangan risau penuh, sebab masjid ini besar — dan 15,000 orang boleh solat serentak. Lelaki di bawah, dan wanita di tingkat atas.

Gaya rekaannya memang mengagumkan — serta di ambil inspirasi dari pelbagai masjid lain di dunia, termasuklah Morocco dan Iraq. Dengan pemandangan tasik, ruang solat yang luas dan kelengkapan yang moden, ini antara masjid yang paling mengagumkan yang ada di Malaysia — kalau dikira dari segi binaannya.

Tapi kalau anda igin lihat masjid yang mengagumkan dari segi jumlah jemaah dan aktiviti yang tidak tutup 24 jam sehari, ini bukan masjidnya. Anda perlu pergi ke Masjid Seri Petaling di Kuala Lumpur.

Nota

Rancang untuk datang solat berjemaah di sini. Bukan hanya untuk selfie.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit