Masjid Sultan Abu Bakar

Jom solat dan ambil ketenangan di masjid unik dengan pemandangan laut ini

masjid sultan abu bakar

Gambar : Andy Enero

Masjid Sultan Abu Bakar yang dibina sebelum 1900 ini cukup lain dari kebanyakan masjid Malaysia. Bukan apa, rekabentuk binaannya bukan seperti di Timur Tengah, tetapi di Eropah.

Dan gaya di dalamnya classy. Anda mesti rasa seperti masuk ke dalam istana zaman kolonial.

Apa yang kami boleh katakan, lokasinya di atas bukit cukup sesuai. Bukan sebagai tempat melayan pemandangan selat Tebrau. Tapi sebagai simbol agama Islam yang sepatutnya letak di atas. Dan anda mesti suka bila anda masuk dan melihat mimbarnya — memang lain dari banyak masjid yang pernah anda lawat.

Datang sewaktu solat maghrib dan subuh. Pemandangan dan ketenangan yang anda dapat memang cukup ummph!

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat JB?

Tempat menarik lain JB

Layan kedai makan sedap JB