Masjid Terapung Terengganu

Sebelum Melaka, Terengganu telah pun mempunyai masjid terapungnya sendiri di Kuala Terengganu.

Nama masjid ini ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah dan ianya dibina diatas air di muara Sungai Ibai.

Terletak lebih kurang 7 km dari bandar Kuala Terengganu, masjid terapung ini siap pada Januari 1994 dan saiznya agak besar. Sehingga 2,000 jemaah boleh hadir serentak untuk solat di sini.

Masjid Putih Senibina Moor

Arkitek masjid ini ialah anak tempatan dan orang Melayu. Sultan Terengganu juga dikatakan menyumbang untuk kos masjid ini. Oleh sebab itu, seni bina masjid ini bukan sahaja mempunyai gaya klise masjid-masjid di Malaysia, akan tetapi diberi sedikit suntikan gaya Melayu.

Masjid putih yang indah ini dibahagikan kepada dua. Dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala, dewan wanita pula dibahagian atas. Selain itu, ia juga mempunyai bilik diraja dan perpustakaan kecil.

Solat, Iktikaf dan Bersantai

Antara yang boleh anda lakukan di sini :-

  • Solat dengan tenang dek bayu laut.
  • Iktikaf sambil melihat pemandangan laut
  • Memberi ikan makan
  • Mengadakan majlis akad nikah di sini kerana latarbelakangnya cukup cantik dan ikonik

Kemudahan

Tempat letak kereta bukan masalah. Ada 400 tapak letak kereta di kawasan ini.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit