Medan Ikan Bakar Umbai

Medan Ikan Bakar Umbai ini pula tempat makan popular Melaka kerana ia ada berpuluh gerai ikan bakar dalam satu tempat.

Kredit : Amrufm, Eelobor

Kawasannya memang best — di tepi paya bakau yang angin lautnya pula memang kuat. Jadi memang seronok berehat selepas makan ikan bakar di sini.

Akan tetapi dek kerana jumlah gerai yang banyak dan pelanggan yang ramai setiap hari, kualiti makanan tidak menentu.

Tips Pengunjung

1. Jangan lupa yang makan sajian laut bukan murah. Kalau berkeluarga, boleh mengetar juga membayar.

2. Datang sebelum maghrib supaya anda boleh solat di sini. Jika tidak, anda pasti menunggu lebih 1 jam untuk makanan anda disediakan kerana pelanggan yang ramai.

3. Ada ruang untuk berjalan di tepi paya bakau untuk anda bersantai. Anak-anak juga boleh bermain di ruang legar kompleks ini.

4. Selain di Umbai, ada tempat makan ikan bakar lain di Melaka — di Serkam, Muara Sungai Duyung dan Pengkalan Balak. Namun Umbai adalah antara yang paling kemas kawasannya.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Melaka?

Tempat menarik kat Melaka

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami