Melaka Wonderland

Melaka Wonderland Theme Park & Resort ini merupakan taman tema air Melaka yang terletak di seberang Zoo Melaka.

Dikelilingi oleh hutan rekreasi seluas 360 hektar, taman tema air ini mempunyai 12 tarikan selain dari Taman Dinasour dan Taman Ekstrim untuk aktiviti Go Kart dan Paintball.

Dibuka pada 2010, Melaka Wonderland tidak sebesar dan sehebat Sunway Lagoon atau Lost World of Tambun, tetapi untuk mereka yang mencari tempat bermain air yang selamat, ini merupakan salah satu tempat yang boleh anda cuba.

Selain mandi, kaki pancing juga boleh mencuba nasib menaikkan ikan di kolam di sini. Yuran bermula dari RM 20 sejam.

Tips

Pastikan anda membawa selipar. Jalan di sini panas kerana bertar.

Yuran masuk hanya untuk taman tema air. Anda perlu bayar yuran lain untuk taman dinasor, go-kart, paintball dan permainan arked.

Harga Tiket Warganegara Malaysia

Kanak-kanak di bawah 90 cm : Percuma

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara
Isnin- Jumaat33.2026.0518.95
Hujung Minggu37.9032.0018.95
Pelancong Asing
Setiap Hari45.0037.9022.50

Apa Yg Best Kat Melaka?

Tempat menarik kat Melaka

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami