Menara Berkembar Petronas (KLCC)

Kalau ke sini, tapi tak ke KLCC, memang sedih tak terkata -- ibarat telefon tidak ber data.

menara klcc

Apa Yang Best Di Sini?

Struktur mega ini dibina semasa Malaysia diserang oleh penyangak matawang dunia, dan ekonomi negara merundum.

Pembinaannya juga hampir terhenti apabila tanah dibawahnya penuh dengan lohong dan gua kosong.

Walaupun begitu, ia berjaya disiapkan dan menjadi bangunan tertinggi dunia pada waktu itu, dan bangunan berkembar tertinggi dunia sehingga artikel ini ditulis.

Tempat Wajib Tuju Di KL

Penghuni kota ini ada yang menggelarnya dua roket pencakar langit. Ada juga yang menggelarnya dua jagung besi yang besar. Tetapi tidak kira apa yang gelaran yang diberi, dua menara ini adalah ikon utama Kuala Lumpur.

Di sekelilingnya ada hotel mewah. Di dalamnya ada mall Suria KLCC untuk anda cuci mata (kalau poket kurang kencang) atau beli belah (kalau GST bukan halangan).

Ia juga ada galeri seni, pusat sains interaktif kanak-kanak (Petrosains), sebuah aquaria dan dewan filharmonik bertaraf dunia di bawah satu bumbung.

Tarikan pelancong di dalam atau berhampiran KLCC

mall suria klcc
Suria KLCC
Pusat membeli-belah mewah ini ada lebih dari 270 kedai. Medan seleranya pula penuh dengan makanan antarabangsa. Kalau anda gemarkan komik manga dari Jepun, jangan lupa ke kedai buku Kinokuniya di tingkat 4.

Taman KLCC
Berdekatan menara ini ada taman dilengkapi kawasan permainan kanak-kanak, air pancut, kolam randuk dan trek jogging. Besarnya cukup buat ibu mertua anda mengah.

Aquaria
Akuarium bertaraf dunia ini boleh dilawati melalui terowong pejalan kaki di tingkat bawah KLCC. Nak bertentang mata dengan jerung? Beli pakej Menyelam Bersama Jerung ( Dive With The Sharks).

Petrosains
Terletak pada tingkat yang sama dengan kedai buku Kinokuniya, pusat penemuan sains bergelar Petrosains yang luas ini ada macam-macam objek interaktif. Ini termasuklah kereta lumba Formula 1, pelantar minyak dan simulator helikopter.

Dewan Filharmonik Petronas
Di sini juga anda boleh menikmati persembahan klasik atau jazz di dalam sebuah dewan bertaraf dunia dengan kapasiti 865 tempat duduk.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur terletak beberapa minit berjalan kaki dari KLCC. Ia merupakan pusat untuk konvensyen, pameran perdagangan dan pameran awam.

Melihat Kuala Lumpur dari Skybridge
Jika harga tiket yang mahal bukan masalah, anda boleh ke Skybridge KLCC.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat KL?

Tempat menarik lain kat KL

Hotel terbaik pilihan kami