Menara Kuala Lumpur

Awalnya dulu khas Menara Kuala Lumpur ini cuma menara telekomunikasi. Sekarang dah ada macam-macam lagi.

dek tinjau menara kuala lumpur

Ini sebenarnya menara telekomunikasi paling tinggi di Asia Tenggara.

Dibina pula dalam hutan simpan Bukit Nanas. Jadi special lah kan? Teknologi tinggi duduk dalam hutan dara.

Kalau anda ke sini, anda boleh ke dek pemerhatinya. Dari sini anda boleh tengok pemandangan kota Kuala Lumpur lebih baik daripada jambatan Skybridge yang menyambungkan dua menara KLCC.

Sebenarnya, ada banyak benda yang boleh anda buat di sini.
skybox

Apa Boleh Anda Buat di Menara Kuala Lumpur?

  • Berjalan merentas hutan hujan Bukit Nanas. Tengok pelbagai tumbuhan dan serangga yang hanya berasal dari Malaysia.
  • Masuk ke rumah terbalik.
  • Selfie di Skybox KL Tower.
  • Masuk ke mini zoo.
  • Lihat Kuala Lumpur dari menara.
  • Lihat penerjun profesional BASE terjun dari Menara atau sertai acara tahunan perlumbaan memanjat tangga Towerthon.
  • Lihat tarian tradisional oleh penari kebudayaan.
  • Bawa simulator kereta lumba F1, tunggang anak kuda atau tonton haiwan eksotik (seperti ular sawa).
  • Bawa orang tersayang sambut ulangtahun dengan makan malam romantis di Restoran Menara Kuala Lumpur

kl tower

Harga Tiket Menara KL

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara
SkyDeck7539
Menara Tinjau + XD Theater + Rumah Terbalik3828
SkyDeck + 1 Tarikan Lain8044
Pelancong Asing
SkyDeck10555
Menara Tinjau + XD Theater + Rumah Terbalik5838
SkyDeck + 1 Tarikan Lain11060

Oleh sebab combo harganya berserabut, sila rujuk laman web rasmi KL Tower sendiri untuk maklumat harga tiket.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

rumah terbalik kl tower

Apa Lagi Yg Best Kat KL?

Tempat menarik lain kat KL

Hotel terbaik pilihan kami