Mossy Forest

Mossy Forest atau Hutan Berlumut ini kurang popular sebab laluannya sukar. Tapi cantiknya memukau.

gunung berlumut cameron highlands

Kredit gambar  : kristo1974

Kalau anda pendaki gunung, kawasan Mossy Forest yang dikatakan tempat pengambaran filem Puteri Gunung Ledang bukanlah tempat baru.

Tapi tempat tarikan ini tidak banyak diketahui orang.

Jika anda tidak mahu mendaki, dan hanya mahu ber jungle trekking dengan bantuan 4WD, anda boleh ke sini dengan bantuan jeep pemandu pelancong dan menaiki platform kayu sepanjang 150m yang disediakan oleh Jabatan Hutan Cameron Highlands.

Di sini anda ada kawasan hutan sejuk yang penuh dengan lumut — dari tanah hinggalah batang kayu, semuanya diliputi lumut hijau yang menyerap air seperti span basah.

Anda juga dapat ihat bandar Ipoh dari kawasan gunung ini.

Tips Pengunjung


1. Anda boleh datang dengan kenderaan sendiri atau dengan pakej pelancongan. Tetapi kerana jalannya yang sempit, mendaki dan cukup sukar, kebanyakan pemandu selalunya akan patah balik di separuh jalan kerana pemanduan yang sukar dan papan tanda yang kurang.

2. Jalan ke Mossy Forest melalui jalan yang sama ke Ladang Teh BOH Sg Palas tetapi anda akan melalui satu laluan lain di pertengahan jalan.

3. Bersedia dengan kasut dan pakaian yang sesuai untuk masuk ke hutan. Ia bakal basah dan berselut.

4. Anda dinasihatkan mengikuti pemandu pelancong jika tidak bersedia untuk memandu di kawasan sebegini.

Harga Tiket

Percuma

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit