Muzium Baba Nyonya

Wow! Tarikan ini satu-satunya peluang hangpa nak tengok rumah hartawan Baba Nyonya dulu-dulu.

tempat menarik lagi bersejarah di melaka - muzium baba nyonya

Muzium persendirian ini sebenarnya merupakan rumah keluarga Chan Chen Siew sejak tahun 1900an.

Tetapi sekarang hangpa boleh masuk dan tengok sendiri warisan sejarah ini.

Bila ke sini, hangpa boleh lihat gaya Baroque sebuah rumah Cina yang mewah. Hangpa juga boleh rasa pengalaman berada di rumah 3 generasi Baba dan Nyonya di Melaka.

Tempat ini dahulunya dikenali sebagai Gentleman Street.

Dan kawasan rumah dengan gaya Belanda di jalan ini hanya mampu dihuni oleh hartawan-hartawan Melaka.

Kalau hangpa ke Melaka, jangan lepaskan peluang seumur hidup untuk masuk ke sini dan menjejak sejarah unik Baba Nyonya.

Bukan apa, bangsa ini mungkin ditelan sejarah satu ketika nanti.

Nota

Hangpa tidak dibenarkan merakam atau mengambil gambar di dalam muzium peribadi ini tanpa kebenaran pemiliknya.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara1611

Waktu Operasi

Tutup sewaktu makan tengahari: 1-2 ptg
Dibuka setiap hari: 10 pg – 5 ptg

Siapa Itu Baba Nyonya ?

Baba dan Nyonya sebenarnya keturunan kaum Cina di Melaka.

Bezanya depa masukkan  budaya Cina, Melayu dan juga penjajah Belanda, Portugis dan Inggeris dalam hidup depa.

Depa ini mulanya datang sebagai pengikut Puteri Hang Li Po yang dihantar oleh Maharaja Cina ke Melaka.

Tapi, assimilasi selama 400 tahun akhirnya menyebabkan keturunan ini memakai pakaian Melayu seperti kebaya dan kain sarong.

Kalau orang Cina makan dengan chopstik, depa ini makan dengan tangan. Kalau masa kahwin, depa masih berbalas berpantun bila rombongan berjumpa.

Keturunan Cina kaya yang rata-ratanya pedagang ini walaubagaimanapun, masih mengamalkan adat Cina. Jadi depa masih sambut Tahun Baru Cina.

Pada masa dulu, bangsa ini juga amat setia kepada penjajah British. Sampai orang gelar depa sebagai King’s Chinese.

Dan walaupun depa kaya dan mendapat pendidikan Inggeris atau Belanda, yang lelaki dulunya masih pakai tocang macam orang Cina dalam cerita Kung Fu. Ha! Jangan tak percaya!

Peta Ke Sini

Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Melaka?

Tempat menarik kat Melaka

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami

Promo hotel, tarikan Melaka