Muzium Coklat

Muzium Coklat seluas 3,000 kaki persegi di Kota Damansara adalah sebuah muzium milik persendirian yang dibuka pada bulan November 2012.

Di sini, anda boleh melihat demonstrasi secara langsung cara-cara pembuatan coklat buatan tangan serta mempelajari bagaimana imej dicetak ke coklat, kek dan biskut di dapur coklat.

Pada akhir lawatan, anda boleh membeli-belah coklat kegemaran anda pada harga lebih murah dari harga pasaran. Jenama yang dijual adalah jenama tempatan seperti Fidani, Danson dan Milton serta jenama antarabangsa terkenal seperti Ferrero dan Hershey di kedai runcit muzium.

Muzium ini dijangka menambah ruang makanan dan minuman serta mengadakan kelas membuat coklat untuk kanak-kanak dalam masa terdekat.

Mereka yang merancang untuk melawat dalam kumpulan yang besar dinasihatkan untuk membuat temujanji dengan kakitangan muzium terlebih dahulu (di talian +603 6156 9960 atau e-mel di [email protected])

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10pg – 5ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit