Muzium GohKaki

Apa yang ada dalam telefon itu bukan permainan. Nak tengok apa sebenarnya permainan, ajak anak-anak ke Gohkaki Museum

Masalah dengan anak-anak sekarang ialah mereka tidak tahu bermain sendiri jika tiada telefon, komputer atau tablet. Dan mata masing-masing melekat pada skrin, walaupun duduk sebelah menyebelah.

Kalau itu masalah anda, sudah sampai masanya untuk anda tunjukkan permainan sebenar. Jom kita terjah GohKaki Muzium, Penang.

Mainan Lama Di Sini

GohKaki menyimpan, menunjukkan dan mengajar anak anda permainan dulu-dulu.

Ada batu seremban. Ada congkak, ketingting sehinggalah permainan getah. Semuanya permainan dengan barang-barang yang boleh kita dapat di keliling kita.

Di sini juga anak anda bakal lihat belalang yang dibuat dari daun dan belajar cara membuat layang-layang sendiri. Apapun hasil dari lawatan anda, satu yang pasti. Anda pasti pulang teringatkan zaman anda kecil-kecil dulu.

Kudos pada pemilik muzium ini — Chaterine Chang yang hanya berumur 26. Respek dan tabik dari kami!

Harga Tiket

RM5 (~$1.18)

Peta Ke Sini

Apa Best Kat Penang

Tempat menarik lain Penang

Layan kedai makan sedap Penang

Hotel terbaik pilihan kami