Muzium Kapal Selam

Nak tengok tempat menarik Melaka yang tak ada di tempat lain? Jom layan muzium Kapal Selam Melaka

Kredit: Mynikfoto

Asal Muzium Kapal Selam Melaka

Kapal selam bernama SMD Ouessant Agosta 70 dari Perancis ini dahulunya dibeli oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ia dulunya tempat latihan krew pertama kapal selam negara ini.

Dibina pada tahun 1979, kapal selam tua seberat 1,200 tan ini kemudian dibawa ke Malaysia untuk dijadikan muzium. Belanjanya bukan sikit — RM 12.6 juta — sebagai simbol negara sudah maju dalam bidang pertahanan maritim.

Kali terakhir Agosta 70 ini digunakan ialah semasa ia belayar di lautan Atlantik pada tahun 2009. Ia kemudiannya dijadikan kapal latihan sebelum diangkut menggunakan kapal kargo.

Proses membawa kapal di dalam laut ini naik ke darat pun bukan kerja senang. Ia ditarik ke pantai Klebang oleh sebuah trailer khas yang mempunyai 480 tayar sebelum diletakkan di Dataran 1Malaysia. Tu dia!

Semasa awal dibuka, pelawat hanya boleh melihat kapal ini dari luar. Tapi sekarang, jangan risau, anda sudah boleh masuk ke dalam.

Jadi anda boleh melihat tempat simpanan peluru torpedo, ruangan kawalan kapal, dapur serta tempat tidur crew sewaktu masuk ke sini.

Pakej Bermalam di Dalam Kapal Selam

Jika anda dan keluarga (atau syarikat) berminat merasai bagaimana suasana bermalam di dalam kapal ini, pihak muzium Melaka juga ada mempunyai pakej Bermalam di Dalam Kapal Selam.

Jumlah minima peserta ialah 25 dan harga untuk seorang ialah RM 150. Anda boleh membuat tempahan dengan menelefon pegawai PERZIM di 06-281 4226

Klebang Coconut Shake

Dalam perjalanan ke sini, anda akan melalui gerai Klebang Original Coconut Shake berdekatan dengan Shah Beach Resort.

Jangan lupa singgah untuk merasai coconut shake pantai Klebang yang popular di Melaka ini.

Muzium Kapal Selam lain di Asia Tenggara

Selain Malaysia, Indonesia juga ada muzium kapal selamnya sendiri di Surabaya.

Bezanya kapal selam KRI Pasopati 410 dibuat oleh Soviet. Kapal mereka juga memang lebih bersejarah kerana pernah digunakan oleh Indonesia melawan Belanda sewaktu perang Laut Aru. Wah! Wah!

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara535
Pelancong Asing10610

Waktu Operasi

 Waktu
Isnin-Ahad9.00pg - 5.30ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Melaka?

Tempat menarik kat Melaka

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami