Muzium Kesenian Islam

Datang KL, tapi tak jenguk Muzium Kesenian Islam? Sayangnya !

pelancong asing melihat artifak di muzium kesenian islam kuala lumpur

Dibina oleh hartawan bumiputera, Tan Sri Syed Bukhari, muzium seni Islam ini bukan sahaja yang terbesar di Asia Tenggara. Tapi dianggap sebagai muzium terbaik di Malaysia.

Terletak di Taman Tasik Perdana, muzium yang serius mendamaikan ini ada lebih 7,000 artifak dan sebuah perpustakaan yang memuatkan buku-buku berkenaan kesenian Islam dari seluruh dunia.

Antara artifak yang dipamerkan termasuklah model masjid-masjid di seluruh dunia, termasuk Masjidil Haram di Mekah dan kitab suci Al-Quran bersaiz sebesar ibu jari anda. Ya! Jangan tak percaya!

bangunan muzium islam klJika Muzium Islam luar negara banyak menumpukan seni dari Parsi atau Timur Tengah, muzium persendirian ini pula menekankan hasil seni orang Islam dari sebelah Timur — seperti dari India, China dan negara-negara Asia Tenggara.

Pendek kata, muzium ini wajib anda kunjungi. Kalau yang bukan Islam pun datang dan kagum, malu lah jika anda yang Islam cuma melawat kedai kasut sahaja sepanjang di Kuala Lumpur.

Tips Muzium

  • Kunjungi Bilik Uthmaniyyah – seni dalaman bilik Uthmaniyyah bertarikh 1820 – 1821 Masihi yang dibina semula. Lihat juga Galeri Senjata dan Perisai.
  • Jika ada bajet, makan tengahari di restoran Arab di muzium ini. Restoran makanan Arab di sini telah dinobatkan sebagai Restoran Timur Tengah Terbaik oleh Jurnal Halal Mihas pada tahun 2005/2006.
  • Masjid Negara dan Muzium Polis terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki dari muzium ini. Anda boleh melawat dan bersolat berjemaah di Masjid Negara selepas kunjungan ke muzium ini dan tahan teksi untuk pulang ke hotel dari situ.

cenderamata di muzium islam kl

Tiket Masuk

Kanak-kanak berumur 6 ke bawah: Percuma

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara1477
Pelancong Asing14714

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat KL?

Tempat menarik lain kat KL

Hotel terbaik pilihan kami