Muzium Perak

Muzium Negeri Perak di Taiping ini bukan sahaja muzium tertua di Malaysia — tapi hampir sama taraf dengan muzium negara di KL.

Muzium ini dibina dalam bangunan neo-classical Inggeris. Dan sebenarnya hasil usaha Residen-Residen Inggeris di Perak.

Pada mulanya fokus pihak penjajah adalah untuk mengumpul spesimen sejarah semulajadi negeri Perak. Jadi apa yang terkumpul di sini adalah pelbagai spesimen haiwan — dari sang kancil dan harimau hinggalah kepada tulang binatang-bintang besar seperti gajah.

muzium perak

Walaupun koleksi di sini lebih menjurus kepada koleksi sebuah muzium zoologi dan botani, ia juga ada sejarah orang asli, koleksi kereta antik milik pembesar Perak dan mini galeri 3D untuk anak-anak bergambar.

Koleksinya banyak dan jauh lebih baik dari muzium di Ipoh. Cuma sayangnya, ia kelihatan tiada fokus kerana koleksinya terlalu pelbagai — dari tulang haiwan kepada baju pengantin dan topeng orang asli.

muzium perak2

Bangunan Bersejarah Lain

Berhampiran dengan muzium ini adalah bangunan penjara Taiping — iaitu penjara pertama di negara ini.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara21
Pelancong Asing52

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit