Muzium Peranakan Penang

Susah nak ke rumah Cheong Fatt Tze? Cuba ke Muzium Peranakan Penang sebagai alternatif

Kredit: Alcuin

Hampir sama dengan Cheong Fatt Tze, muzium ini adalah tempat pameran budaya bangsa Cina Peranakan — dengan artifak, barangan antik dan pelbagai khazanah silam yang nilainya mungkin mencecah jutaan ringgit.

Rumah bekas hartawan Peranakan ini dibahagikan kepada 2 tingkat. Tingkat bawah mempunyai meja makan keluarga selain barangan antik milik keluarga. Di atas, barangannya lebih bersifat peribadi — dari baju pengantin dan hiasan nyonya hinggalah kepada potret keluarga menghiasi dindingnya.

Dengan lebih 1,000 barang pameran, ini bukan sahaja antara muzium Cina terbaik di Penang, tapi juga terbaik di Malaysia untuk anda mempelajari cara hidup orang Cina lama. Telefon dan buat tempahan dahulu jika anda datang dengan kumpulan lebih 10 orang. Anda mungkin diberi lawatan berpandu yang jauh lebih bermanfaat dari berjalan melihat artifak-artifak ini sendirian.

Harga Tiket

Warganegara
Dewasa : RM20 (~$4.49)

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 9:30 pagi – 5 petang