Muzium Permainan Lama Penang

Muzium Permainan Lama Ben ini ( Ben’s Vintage Toys Museum) ini tempat pameran permainan bertaraf antik.

Kredit: Florence IvyLord Enfield

Tempat ini bakal menggamit memori zaman anda kecil-kecil. Atau juga menggamit memori bapa dan datuk anda sekali. Wohaaa!!

Bukan apa, tarikan Penang ini penuh dengan permainan tahun 1940 an yang dibuat dari tin tahan lasak dan juga mainan mekanikal yang masih berfungsi sampai sekarang.

Anda boleh melihat robot tin, kereta lama, kapal terbang antik dan pelbagai figura lama yang cantik. Yang seronok lagi, anak patung lama yang selalu anda lihat dalam cerita hantu pun ada. Jangan balik tak boleh tidur sudah.

Terletak di Lebuh Acheh, muzium ini hampir dengan masjid Kapitan Keling. Jadi apabila anda sudah puas melihat permainan di muzium dua tingkat ini, jangan lupa ke sana dan terus solat berjemaah di masjid itu.

Harga Tiket

Warganegara
Dewasa : RM6
Kanak-kanak : RM3

Kredit

Kredit via www.youtube.com