Muzium PG Gold

Ini mungkin muzium yang tak mungkin anda lawat di Penang --- melainkan kalau ada yang mahu sponsor.

Ya. Muzium emas PG Gold ini jarang sangat diceritakan orang yang datang ke Penang.

Bukan sebab ianya tak seronok, tapi sebab harga tiketnya RM28. Jadi ramai buat u-turn bila di kaunter tiket.

Apa Yang Ada Di Sini

Nak lihat duit emas dan perak dari seluruh dunia? Ada di sini. Mahu belajar sejarah emas dan lihat sendiri bagaimana emas diproses? Ada juga di sini. Mahu dulang emas dan bawa pulang bijih emas yang anda jumpa? Pun anda di tempat yang tepat. Ya! Kami tak tipu. Cuma bijih emas yang anda dulang itu berkarat rendah.

Kalau hasil mendulang anda ringan sangat, apa kata anda ubat sakit hati dengan jonkong emas 50kg dalam muzium ini. Ya lah, mana tahu, berkat anda pegang jonkong emas 7 juta ringgit itu anda dapat kahwin dengan anak raja huhu.

Harga Tiket

Anak 7 tahun ke bawah masuk percuma
Dewasa : RM28
Kanak-Kanak : RM15