Muzium Sarawak

Muzium Sarawak, iaitu muzium tertua di Borneo hasil binaan Charles Brooke pada 1891 ini bukan sahaja menyimpan pelbagai artifak tetapi juga sebenarnya adalah bangunan bersejarah yang telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting negeri ini.

Kredit: Wanavanza

Dibina mengikut gaya dewan bandaraya di Perancis, muzium ini adalah tempat terbaik untuk anda melihat dan mempelajari tentang budaya, sejarah dan corak hidup masyarakat pribumi Sarawak.

Simpanan berharga muzium ini masih kekal utuh walaupun semasa berlaku peralihan kuasa dari British ke tangan Jepun kerana pemerintah Jepun pada waktu itu juga berusaha mengekalkan muzium ini dari dijarah tenteranya.

Anda bukan sahaja akan dapat melihat koleksi haiwan-haiwan Borneo yang disimpan oleh naturalis terkenal Alfred Wallace, tetapi juga dapat melihat sendiri suasana rumah panjang, lengkap dengan ukiran patung kayu dan tengkorak manusia.

Di seberang jalan, bangunan baru muzium ini pula memaparkan pelbagai senjata masyarakat asal Sarawak di samping artifak tiang pengebumian Kenyah dan bot perang Iban.

Pendek kata, memang rugi jika anda ke Kuching dan tidak melawat muzium yang dikatakan antara yang terbaik di Asia Tenggara ini. Bukan apa, masuknya juga percuma.

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat: 9pg – 4:45 ptg
Sabtu, Ahad : 10 pg – 4 ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit