Muzium Tentera Darat

Mahu bergambar dengan kereta perisai? Jom kita ke Muzium Tentera Darat.

Muzium di Port Dickson ini sebenarnya lebih dari tempat berselfie. Di dalamnya bukan sahaja ada dokumen-dokumen dan gambar zaman perang, tetapi anda dapat lihat sendiri teknologi perang — dari keris zaman dulu sehinggalah robot pemusnah bom zaman sekarang.

Yang seronoknya, muzium ini disusun dari zaman serangan Portugis ke atas Melaka, Jepun, zaman darurat sampailah sekarang.

Kalau anda mahu rasa masuk ke terowong komunis, ada replika untuk anda cuba.

Anda boleh lihat sendiri tempat makan, tidur dan ‘klinik’ mereka yang dibuat di bawah tanah. Jangan risau. Terowong ini tidak sesempit mana pun.

Tips Pengunjung

  1. Kebanyakan barang pameran yang besar-besar, contohnya kereta perisai, kapal terbang lama dan kenderaan tentera lain ada di luar muzium. Bawa topi sebab panas.
  2. Muzium ini mungkin ramai pengunjung semasa cuti sekolah. Tempat letak kereta terhad, jadi datang awal.
  3. Selain jeep yang boleh mereka naik di luar, muzium ini mungkin membosankan untuk si kecil. Kalau anda tidak pandai bercerita, mungkin anda bakal balik awal.

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

9:30 pg – 6 ptg