Muzium Terengganu

Muzium Negeri Terengganu yang dibina seperti istana kayu lama ini adalah antara muzium yang terbesar di Asia.

Idea membina muzium negeri ini bermula sejak tahun 1920-an lagi. Bukan apa, sebab kerajaan tiada tempat menyimpan Batu Bersurat yang cukup bersejarah untuk negara ini.

Sebab Terengganu tiada muzium negeri, batu ini terpaksa dihantar dan disimpan di Muzium Raffles, Singapura.

Hasrat membinanya walau bagaimanapun hanya tertunai pada tahun 1996 apabila ianya dirasmikan atas tapak seluas 27 hektar di Bukit Losong, Kuala Terengganu.

Apa Ada di Muzium Terengganu?

Muzium ini ada 4 buah blok bangunan muzium utama, sebuah muzium maritim serta 5 buah rumah tradisional di perkarangannya.

Di dalam blok bangunan muzium utama ada 7 Galeri iaitu Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri DiRaja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Pertroleum dan Galeri Ilmu Kejadian.

Di bahagian Muzium Maritim pula ada 2 galeri, iaitu Galeri Perikanan dan Taman Laut serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan.

Muzium Terengganu Berhantu?

Muzium besar ini sering dikatakan sebagai muzium berhantu.

Ada yang mengatakan kerana rumah-rumah lama di perkarangan muzium, dan ada pula yang mengatakan ianya berhantu kerana kompleks muzium terlalu luas, dan pengunjung pun kurang.

Kisah hantu ini dinafikan pihak muzium. Akan tetapi jika anda membawa anak kecil, jangan biarkan mereka berlari-lari di kompleks muzium pada waktu tengah hari tanpa pengawasan.

Harga Tiket Muzium

Kanak-kanak bawah umur 7 tahun masuk percuma

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara52
Pelancong Asing1510

Cara Ke Muzium Negeri Terengganu

Bas – Naik bas Muzium/Losong dari Perhentian Bas MBKT. Masa perjalanan 15 minit

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit