Muzium Time Tunnel

Nak imbau memori zaman kanak-kanak sambil ketawa kecil melihat koleksi barangan yang pernah anda gunakan satu masa dahulu? Moh ke sini.

Kredit: krebsmaus07liewcf

Muzium ini muzium peribadi milik seorang anak Cina tempatan, See Kok Shan.

Dibuka pada 2007, ia ada sekitar 1,000 memorabilia. Dari salinan kad pengenalan P. Ramlee, tin susu lama dan dapur minyak tanah hinggalah ke kerusi zaman British dan basikal merah posmen era Merdeka.

muzium time tunnel

Selain menyimpan barangan yang menjadi kegilaan pengumpul barangan antik, di muzium ini anda juga boleh melihat beberapa gambar lama yang menunjukkan sejarah Cameron Highlands yang sukar dijumpai di tempat lain.

Kalau anda mahu bernostalgia, masukkan muzium ini dalam senarai tarikan Cameron yang wajib anda lawati. Cuma pantau anak anda. Takut-takut si kecil bermain dengan memorabilia tanpa anda sedar. Kasihan tuan muzium.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara64

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9pg – 6ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Tips Pengunjung

1. Muzium ini terletak di sebelah ladang strawberri Kok Lim. Jika anda memang ingin memetik buah ini, dinasihatkan anda tidak memetiknya di sini. Ladang di sini curam, dibina dipinggir sungai dan sangat licin sewaktu hujan, terutamanya untuk kanak-kanak.

2. Letaknya muzium ini ialah di antara Brinchang dan Kea Farm. Mercu tanda nya ialah tugu strawberry besar di tepi jalan.