Oriental Village

Oriental Village ini kawasan beli belah dan aktiviti keluarga di kaki Gunung Mat Chinchang. Ini juga tempat Muzium 3D dan kereta kabel Langkawi dibina.

Gambar: Azfar Ahmad

Pelbagai Tarikan Lain di Oriental Park

Selain dua tarikan utama itu, anda boleh membeli belah pelbagai jenis cenderamata, mendapat khidmat urutan, mengambil gambar dengan ular atau mendapatkan khidmat artis untuk melukis potret anda.

Dengan bayaran, anda juga boleh mencuba beberapa aktiviti di sini dari menaiki Segway (sejenis kenderaan unik dengan 2 roda) dan kuda hinggalah kepada menunggang kenderaan lasak ATV dan gajah.

Taman Rusa


Berhampiran dengan kaunter tiket Kereta Kabel Langkawi ada sebuah taman rusa kecil.

Jika anda ingin membelai dan memberi makan rusa-rusa jinak, ini adalah salah satu tempat yang boleh anda kunjungi.

Apa Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi

Layan kedai makan sedap Langkawi

Hotel terbaik pilihan kami